Photobucket
Sunday 10 July 2011

postheadericon Bersih 2.0 | Hangat Diperkatakan Di Seluruh Dunia. Jom Tengok Video Ini...

Berkenaan dengan post pada kali ini nak sentuh sikit pasal isu perhimpunan bersih ni. Dah 2 hari berlalu selepas perhimpunan bersih 2.0. Kalau buka tv tengok berita, mesti tidak terlepas pasal perhimpunan bersih 2.0 ini. Hari ini buka youtube, mula-mula nak cari video lagu. Sambil menyelam, minum air. Alang-alang dan buka youtube, cuba search video berkenaan dengan Bersih 2.0. Banyak juga keluar result search mengenai perhimpunan bersih 2.0.

Jom kita tengok sebentar video ini...





dan juga yang ini..



Fuhhh!!! Famous giler negara Malaysia sekarang ni...

Sebelum ini saya ada baca artikel di sebuah blog mengenai bersih 2.0 dimana PBB memuji kerajaan Malaysia dalam menangani isu berkenaan dengan perhimpunan bersih 2.0 ini dan ramai penyokong bersih 2.0 yang mengutuknya... Tapi bila kila lihat video di atas sebentar tadi, kita boleh lihat perkara sebaliknya berlaku di mana kerajaan Malaysia seperti berada di pihak yang salah...

Mari kita lihat dari perpektif pihak yang menyokong bersih 2.0. Mungkin ini merupakan satu berita yang baik untuk mereka kerana 'suara keadilan' mereka didengari oleh warga seluruh dunia dan beberapa objektif mereka mungkin telah tercapai. Dan sekiranya kita lihat dari perpektif pihak yang menyokong kerajaan, ini mungkin merupakan suatu perkara yang buruk dan memalukan negara Malaysia.

Bila kita fikir balik, tanggapan positif orang luar mengenai negara Malaysia yang sebelum ni merupakan negara yang aman dan makmur mungkin akan berubah...

Banyak pendapat dan pandangan yang diberikan mengenai isu perhimpunan bersih 2.0. Bila kita baca di mana-mana blog yang mengupas isu perhimpunan bersih 2.0,pelbagai reaksi yang diberikan sama ada yang membantahnya atau ada juga yang menyokongnya. Walaubagaimanapun, setiap orang mempunyai akal untuk berfikir dan terserah kepada diri mereka sendiri bagi menilai isu ini...

1 comments:

Syuk Ry said...

nice entry..
Laman Sosial Baru ( GOOGLE+ )

Translate

Ditaja Khas Oleh :

Followers



Powered by Blogger.